PUTRAJAYA 6 Feb. – Warga Putrajaya diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah yang berkenan mencemar duli berangkat ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu Ahad lalu. Perkara itu boleh dilihat menerusi kesudian Sultan Abdullah berkenan mencemar duli berangkat ke Kafe Umai di Presint 2 pada 3 Februari lalu sekali gus menjadi pengalaman berharga dan tidak boleh dilupakan bagi pemiliknya, Datin Jamaliah Ja’afar.…










