PUTRAJAYA 12 Feb.- Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mengesahkan masih belum menerima surat saman daripada UMNO terhadap tindakannya keluar parti. Katanya lagi, beliau juga tidak tahu sama ada bekas-bekas Ahli Parlimen UMNO lain juga menerima surat saman sama. “Setakat ini belum terima. Yang lain pula, saya tidak tahu, itu kena tanya mereka,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kad Keahlian Bersatu kepada bekas Ahli Parlimen UMNO di sini…










