KOTA KINABALU – Bekas ahli UMNO Sabah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional dalam PRU-14 lepas dan keluar parti itu bakal menerima saman daripada UMNO, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata, tindakan undang-undang itu akan diambil terhadap ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertanding dalam pilihan raya umum lepas. “Tindakan undang-undang itu diambil bukan untuk menghalang keputusan mereka untuk keluar meninggalkan parti kerana…










