SERANGAN agresif rejim Israel terhadap penduduk Palestin selepas tercetusnya kempen The Great Return March 2018 di Gaza mengakibatkan bekalan ubat di kawasan berkenaan dalam keadaan kritikal. Dilaporkan hampir 300 penduduk terkorban manakala ribuan yang lain cedera akibat serangan tentera Israel sejak bantahan itu berlangsung pada Mac tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, situasi itu mengakibatkan hospital-hospital di Gaza tidak mampu merawat jumlah…










