Bekalan air di Pahang tidak terjejas - Utusan Malaysia

Bekalan air di Pahang tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Negeri ini tidak mengalami masalah gangguan bekalan air bersih meskipun mengalami cuaca panas dan kering sejak pertengahan Januari lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Dan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Pahang (Paip) Berhad, Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan berhubung penyusutan paras air di empangan-empangan utama di negeri itu.

“Sehingga hari ini, pihak kami masih belum terima apa-apa info berkaitan (masalah bekalan air empangan) disebabkan gangguan kemarau.

“Biasanya (aduan) gangguan bekalan air hanya disebabkan paip bocor atau pecah. Kalau ada gangguan seperti itu, sudah tentu kami sentiasa memaklumkan kepada pihak media,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN