Bayern terlalu memikirkan Liverpool - Utusan Malaysia

Bayern terlalu memikirkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH 16 Feb. – Niko Kovac mengakui pasukannya terganggu dengan aksi menentang Liverpool ketika mereka mencatat kemenangan ke atas Augsburg dalam aksi Bundesliga.

Pengendali Bayern itu mengakui tekanan yang dihadapi pasukannya menjelang aksi penting saingan kalah mati Liga Juara-Juara menentang juara Eropah lima kali itu.

Bayern terpaksa bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali dalam pertemuan menentang Augsburg dan turut ketinggalan seawal 13 saat perlawanan berlangsung menerusi jaringan sendiri Leon Goretzka.

Kingsley Coman meledak dua gol penyamaan sebelum David Alaba melengkapkan kemenangan Bayern.

Kemenangan itu menyaksikan Bayern kini ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Borussia Dortmund yang akan berdepan Nurnberg, Isnin ini.

Bayern sedang membina momentum dan memberi tekanan kepada Dortmund tetapi mengakui pasukannya hilang fokus dalam aksi itu kerana terlalu memikirkan pertemuan menentang Liverpool, Rabu ini.

“Kami bergelut untuk berada dalam perlawanan. Saya tidak ingat bila kali terakhir kami bolos seawal ini dan perkara ini sangat menjengkelkan.

“Bagaimanapun, kami terus berjuang terutama di separuh masa pertama. Separuh masa kedua jelas permainan menjadi milik kami.

“Mungkin ada antara pemain sudah memikirkan tentang Liverpool, ada kemungkinan tetapi itu tidak bagus buat mereka. Tetapi itu tidak salah kerana mereka juga manusia,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN