Bas terbalik, 7 maut termasuk empat kanak-kanak di Rusia - Utusan Malaysia

Bas terbalik, 7 maut termasuk empat kanak-kanak di Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 3 Feb. – Tujuh orang maut termasuk empat kanak-kanak dalam kemalangan sebuah bas yang terbalik di sini hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Wilayah Kaluga, bas tersebut membawa kanak-kanak dari Smolensk ke wilayah Kaluga.

“Kemalangan itu menyebabkan tujuh maut manakala 24 mangsa lagi telah dibawa ke hospital.

“Kebanyakan mereka dirawat di hospital juga terdiri daripada kanak-kanak,” jelas kenyataan itu.

Gambar yang diberikan polis tempatan menunjukkan bas berwarna biru itu terbalik dalam salji di tepi jalan raya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×