Bas sekolah bawa 39 pelajar terbakar - Utusan Malaysia

Bas sekolah bawa 39 pelajar terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 19 Feb. – Sebuah bas sekolah yang dinaiki seramai 39 pelajar sekolah termasuk seorang pemandu lelaki musnah dalam satu kebakaran di Senai, di sini pagi tadi.

Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Fauzi Awang berkata, ketika kejadian bas berkenaan dalam perjalanan menuju ke sekolah pelajar terlibat.

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.40 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN