Bantuan ihsan RM87,000 untuk mangsa ribut Tanjong Karang - Utusan Malaysia

Bantuan ihsan RM87,000 untuk mangsa ribut Tanjong Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor meluluskan bantuan ihsan berjumlah RM87,000 melalui Tabung Bencana Khas Negeri Selangor untuk diserahkan kepada mangsa ribut di Tanjong Karang. 

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kelulusan bantuan ehsan itu hasil lawatan beliau di beberapa kawasan yang dilanda ribut seperti  Kampung Tiram Jaya dan Kampung Sawah Sempadan. 

Katanya, kejadian ribut itu melibatkan 174 buah rumah dari sembilan buah kampung. 

“Bantuan ihsan itu akan diserahkan dalam kadar segera melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor bagi meringankan beban mangsa-mangsa bencana tersebut.

“Kerajaan negeri sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan mangsa serta bebanan yang dipikul oleh mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menambah telah mengarahkan kerja-kerja membaik pulih dan membaiki rumah yang rosak dilaksanakan segera bagi kemudahan mangsa.

Jelas Amirudin, kerja-kerja tersebut akan ditanggung sepenuhnya melalui program tanggungjawab sosial Pemerbadanan Menteri Besar dan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Sungai Burung dan DUN Permatang dengan anggaran kos berjumlah RM1.629 juta.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan 80 buah rumah di sembilan buah kampung di Tanjong Karang di sini rosak selepas dilanda ribut, petang Ahad lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN