Banjir di Townsville: 50 rakyat Malaysia selamat - Utusan Malaysia

Banjir di Townsville: 50 rakyat Malaysia selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lima puluh rakyat Malaysia yang kini berada di bandar Townsville di Queensland, Australia yang dilanda banjir dilaporkan selamat.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, keadaan di kawasan yang terjejas masih berisiko tinggi kerana hujan lebat dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang.

Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan-kawasan yang terjejas dinasihatkan supaya berwaspada dan terus mengikuti laporan berita tempatan dan keadaan cuaca, kata kenyataan itu. 

“Wisma Putra melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra dan Konsulat Malaysia di Sydney, akan terus memantau keadaan dan akan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Banjir itu yang disifatkan berlaku “sekali dalam seabad” berpunca daripada hujan lebat yang tidak normal semasa musim tengkujuh dan memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah masing-masing kerana hujan lebat dijangka berterusan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN