KUALA LUMPUR – Lima puluh rakyat Malaysia yang kini berada di bandar Townsville di Queensland, Australia yang dilanda banjir dilaporkan selamat. Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, keadaan di kawasan yang terjejas masih berisiko tinggi kerana hujan lebat dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang. Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan-kawasan yang terjejas dinasihatkan supaya berwaspada dan terus mengikuti laporan berita tempatan dan keadaan cuaca, kata…










