LONDON 4 Feb. – Bangkai pesawat yang dinaiki oleh pemain bola sepak baharu kelab Cardiff City, Emiliano Sala telah dijumpai. “Saya boleh mengesahkan ia sudah dijumpai,” kata jurucakap Cawangan Siasatan Nahas Udara Britain (AAIB). Tambah jurucakap berkenaan, AAIB akan mengeluarkan kenyataan hari ini. – AFP










