Azmin pakai baju biru iring calon PH - Utusan Malaysia

Azmin pakai baju biru iring calon PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Kelibat Naib Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengenakan baju kemeja biru sewaktu mengiringi calon parti menjadi bahan perbualan para penyokong.

Mohamed Azmin dilihat satu-satunya pemimpin PH yang memakai baju berlainan iaitu seakan-akan warna parti lawan, Barisan Nasional.

Malah, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu juga dilihat ‘membawa diri’ dan tidak bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin PH yang lain pada satu ketika.

Selain itu, Mohamed Azmin juga dilihat menikmati sarapan pagi dalam pekarangan pusat penamaan calon dengan pengiring-pengiring yang bukan pemimpin-pemimpin PH. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN