Azmi Sharom dilantik Timbalan Pengerusi SPR - Utusan Malaysia

Azmi Sharom dilantik Timbalan Pengerusi SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Azmi Sharom dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa mulai tarikh melapor diri sebagai anggota SPR.

Pelantikan beliau sebagai menggantikan Tan Sri Othman Mahmood yang memutuskan untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dalam satu kenyataan berkata, tempoh perkhidmatan bagi pelantikan baharu adalah sehingga mencapai usia genap 66 tahun.

Menurutnya, pelantikan itu telah mendapat perkenan  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Pelantikan baharu itu turut membabitkan empat orang Ahli SPR baharu iaitu bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Ramlan Ibrahim dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Datuk Chin Phaik Yoong.

Dua lagi Ahli SPR baharu yang dilantik termasuklah Felo Kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Faisal S. Hazis dan pakar rujuk Bersih 2.0, Zoe Randhawa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN