JAKARTA 7 Feb. – Rakyat Indonesia, Muhammad Attamimi Halilintar atau dikenali Atta dinamakan youtuber pertama di Asia Tenggara dengan pelanggan atau subscriber lebih 10 juta orang baru-baru ini.
Atta memuat naik kejayaan tersebut dengan menunjukkan jumlah pelanggan ketika berada di katil hospital berikutan keletihan.
Katanya, adakala orang melihat kita senyum dan ketawa dalam video namun mereka tidak mempunyai idea mengenai kesakitan dibelakang serta bagaimana reaksi kepada yang tidak menghargai usaha dijalankan.
Menurut Youtube, ‘creator’ yang mencapai 10 juta pelanggan akan diberikan Diamond Creator Award atau Diamnond Play Button.
Mereka yang telah menerima anugerah itu termasyuk kumpulan penyanyi wanita Korea, Blackpink, Vlogger PewDiePie dan penyanyi, Psy. – AGENSI










