Ariya dalam kelompok pendahulu, Amy, Michelle tarik diri - Utusan Malaysia

Ariya dalam kelompok pendahulu, Amy, Michelle tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 28 Feb. – Pemain No. 1 dunia, Ariya Jutanugarn berkongsi kedudukan teratas dengan empat lagi pemain pada pusingan pertama Kejohanan Golf Wanita Dunia HSBC, hari ini, sementara penyandang gelaran, Michelle Wie menarik diri akibat kecederaan tangan.

Wakil Australia, Lee Minjee; pencabar dari China, Yu Liu; Amy Olson dari Amerika Syarikat dan Celine Boutier dari Perancis berkongsi kedudukan dengan Ariya setelah mencatat empat di bawah par 68 pukulan, tetapi malang menimpa Michelle dan Amy Yang di Singapura.

Pemenang LPGA Thailand, Amy pada minggu lalu mengakhiri cabarannya di lubang ketiga sebelum menarik diri kerana selesama, manakala Michelle yang berhajat mempertahankan gelarannya juga terpaksa mengambil keputusan yang sama.

Pemain AS berusia 29 tahun itu, yang baru sahaja kembali beraksi, minggu lalu, selepas pulih daripada pembedahan pergelangan tangannya, kelihatan bergelut apabila melakukan 10 di atas par menerusi lubang ke-14, termasuk double bogey kemudian diikuti triple bogey, sebelum mengambil keputusan tidak meneruskan perjuangannya.

Tiada sebarang maklumat lanjut yang diberikan berhubung kecederaan tangan yang dialami pemain itu dan Michelle juga tidak bercakap kepada pemberita sebaik dia meninggalkan lapangan golf 72 par di Kelab Golf Sentosa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN