Aplikasi pantau lokasi isteri catat lebih sejuta pengguna - Utusan Malaysia

Aplikasi pantau lokasi isteri catat lebih sejuta pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH, Arab Saudi – Satu aplikasi pintar untuk suami menjejaki lokasi isteri mereka pada setiap masa dilaporkan mencatatkan lebih sejuta pengguna melalui Apple iTunes dan Google Play Store di negara ini.

Aplikasi yang dibangunkan kerajaan Arab Saudi dinamakan Absher itu membolehkan orang lelaki dalam sesebuah keluarga menetapkan bila dan bagaimana seorang gadis atau wanita bawah jagaan mereka bergerak di luar rumah.

Sekiranya ada pergerakan mencurigakan, makluman akan disampaikan kepada keluarga wanita itu. Di bawah undang-undang Arab Saudi, lelaki yang menjadi penjaga sah kepada golongan wanita boleh mengehadkan pergerakan mereka termasuk menggunakan jalan raya dan lapangan terbang tertentu sahaja.

Sebilangan aktivis dan badan hak asasi manusia Barat bagaimanapun melihat aplikasi itu menindas, melanggar hak asasi serta diskriminasi terhadap golongan wanita.

Mereka turut membidas Apple dan Google kerana membenarkan aplikasi itu dimuat turun melalui perkhidmatan yang mereka sediakan kepada pengguna alat telekomunikasi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN