KUALA LUMPUR 12 Feb. – Sebanyak 10 soalan dibangkitkan susulan langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi, semalam. Antara soalan tersebut adalah sama ada majlis berkenaan boleh menaikkan harga minyak sawit yang ketika ini berharga RM2,000 satu tan, kembalikan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan mengembalikan pengagihan sara hidup warga Felda secara konsisten. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, fungsi dan peranan majlis itu…