SULAWESI UTARA 28 Feb. – Angka korban akibat runtuhan lombong emas haram semalam meningkat kepada enam orang. Sementara itu, anggota perubatan terpaksa memotong kaki salah seorang mangsa selepas kakinya dihempap dengan batu besar. “Kami sudah kesuntukan masa. Usaha menyelamat sedang berjalan tetapi ia berisiko. Kami dengar sekurang-kurangnya tiga orang menjerit meminta bantuan dan sedang cuba membawa mereka keluar selain memberi mereka makanan serta minuman,” kata pegawai agensi bencana tempatan, Abdul…










