Angka kematian pangsapuri runtuh di Istanbul meningkat - Utusan Malaysia

Angka kematian pangsapuri runtuh di Istanbul meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 10 Feb.- Angka kematian insiden runtuhan pangsapuri runtuh di sini meningkat kepada 21 orang manakala 12 yang lain dilaporkan cedera parah.

Perkembangan itu disahkan Menteri Dalam Negeri Istanbul, Suleyman Soylu kepada agensi berita, Tukey’s Demiroren.

“Daripada maklumat diterima, dianggarkan 35 orang berada di dalam banggunan itu ketika runtuhan berlaku.

“21 mayat, termasuk seorang yang berasal dari Asia tengah berjaya dikeluarkan dari serpihan runtuhan,” katanya.

Pangsapuri yang terletak di daerah Kartal itu runtuh pada Rabu yang lalu.

Punca runtuhan belum dikenalpasti sehingga kini.

Sementara itu, tujuh banggunan berdekatan ditutup atas faktor keselamatan sementara pihak berwajib meneruskan siasatan untuk mengenalpasti punca kejadian.

Pada masa yang sama, misi mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga kini.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN