MELAKA – Dua lelaki termasuk seorang anggota tentera ditahan polis selepas dipercayai aktif melakukan jenayah samun dan ragut di sekitar Melaka Tengah sejak Disember lalu. Kedua-dua suspek yang berusia 18 dan 23 tahun itu ditahan berasingan di Jalan Merdeka dan Kem Terendak, Sungai Udang di sini pada pukul 6 petang dan 11 malam pada Selasa lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, suspek dipercayai…










