SEREMBAN 6 Feb. – Seorang anggota polis patah tapak kaki kanan akibat digilis sebuah kereta semasa mengawal lalu lintas di persimpangan lampu isyarat di Jalan Rasah-Port Dickson sempena Op Selamat Tahun Baru Cina di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Koperal Omar Mohd., 51, dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sedang bertugas dengan enam anggota lain di lokasi berkenaan. KOPERAL…










