Anak bekas Presiden Mozambique ditahan berkaitan skandal hutang kerajaan - Utusan Malaysia

Anak bekas Presiden Mozambique ditahan berkaitan skandal hutang kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAPUTO, Mozambique 18 Feb. – Anak kepada bekas Presiden Mozambique, Armando Guebuza ditahan suspek berkaitan skandal hutang kerajaan AS$2 bilion (RM8.17 bilion) kelmarin.

Anak sulung Guebuza, Ndambi ditahan di rumahnya di ibu negara.

Menurut sumber badan kehakiman, dia ditahan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pinjaman kerajaan yang menyebabkan ekonomi negara menghadapi krisis kewangan.

“Dia merupakan salah seorang daripada lapan yang diarahkan ditahan oleh Peguam Negara,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN