MELAKA 12 Feb. – Polis menahan reman seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di negeri jiran bagi membantu siasatan kes serangan seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuannya pada tahun lalu. Perintah reman selama empat hari bermula hari ini itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd. Anuar Ostadi terhadap suspek berusia 59 tahun terbabit. Suspek direman sehingga 15 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan…