Amanah tiada 
masalah dengan Dr. M - Utusan Malaysia

Amanah tiada 
masalah dengan Dr. M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Parti Amanah Negara (Amanah) tiada masalah untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, dakwaan berlaku undi tidak percaya terhadap Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri hanyalah spekulasi yang dibu­at oleh pihak luar.

“Tiada masalah, itu timbul daripada orang luar. Tiada isu langsung. Itu hanya spekulasi, kita nak jawab semua ini susahlah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Anugerah

MOHAMAD SABU
MOHAMAD SABU 

Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) 2019 Kementerian Pertahanan.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Halimi Abd. Manaf dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jene­ral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam kenyata­an semalam mene­gaskan pendirian parti itu tidak berubah terhadap persetujuan mengangkat Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri apabila menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan itu selepas tempoh dua tahun.

Dalam perkembangan sa­ma, Mohamad yang juga Timbalan Presiden PH berkata, Pakatan tidak pernah membincangkan mengenai dakwaan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN