Jabatan Bahasa-bahasa Asia dan Eropah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya (UM) telah menerbitkan sebuah filem pendek yang berjudul Alegria. Ia dipilih sebagai salah sebuah tayangan utama semasa Festival Filem Amerika Latin 2018, baru-baru ini. Festival itu merupakan program tahunan anjuran kedutaan-kedutaan Amerika Selatan di Malaysia dengan kerjasama Golden Screen Cinemas (GSC) Sdn. Bhd. Menurut Penyelaras Program Bahasa Sepanyol, Dr. Rozita Che Omar, filem itu adalah hasil usaha pelajar dan…










