Aleah kebanggaan Malaysia - Utusan Malaysia

Aleah kebanggaan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak teruja apabila mendapat tahu anak Malaysia, Aleah Mohammad antara watak penting di sebalik kehebatan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Terkenal sebagai penyokong tegar Manchester United, Najib dalam hantaran di media sosial berkata, pencapaian Aleah, 37, menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

“Ini satu kejayaan yang patut kita berasa bangga.

“Liverpool hebat musim ini kerana ada anak Malaysia juga. Syabas saudari Aleah Mohammad @alea_ellie, semoga berjaya di sana.

“Rupa-rupanya saudari Aleah juga penyokong MU. Peluang MU tetap ada musim ini,” kata Najib menerusi hantaran di Facebook dan Twitter.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan, misteri me­ngenai wanita bertudung bawal sedang menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas pertahanan Liverpool, Joe Gomez yang dimuat naik dalam laman YouTube rasmi kelab tersebut pada Julai tahun lalu berjaya dirungkai.

Wanita tersebut sebenarnya rakyat Malaysia, Aleah yang sedang melanjutkan pe­ngajian Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang fisiologi kardiovaskular di Universiti Liverpool John Moores.

Dalam video Inside Training: Energy-sapping bleep tests|Keita, Fabinho & Milner yang berdurasi 10 minit 26 saat itu, kelibat Aleah dilihat muncul pada minit 5.10 saat.

Menurut Aleah, dia tiba-tiba menjadi popular selepas tersiarnya berita tersebut, apatah lagi ia turut menarik perhatian Najib dan menerima banyak maklum balas di Facebook bekas perdana menteri itu.

Aleah menyifatkan popula­riti sekelip mata itu ibarat mimpi, malah pengakuan jujurnya bahawa dia sebenarnya adalah penyokong Manchester United iaitu musuh ketat Liverpool turut mencuit hati warganet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN