Akta Perkhidmatan Parlimen perlu diwujudkan semula - Utusan Malaysia

Akta Perkhidmatan Parlimen perlu diwujudkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Feb. – Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan pada 1992 perlu dikembalikan dalam usaha mempertingkatkan kuasa autonomi Parlimen, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.
Mohd Yusmadi Mohd Yusoff

Katanya, akta itu penting kerana menjadi asas kepada agenda reformasi Dewan Negara yang menggariskan pengasingan kuasa antara Parlimen dan bidang kuasa lain.

“Melalui akta ini juga, aspek kewangan Parlimen dapat diurus sendiri secara bebas kerana Parlimen mengetahui kepentingan (perbelanjaan) yang diperlukan. Sekiranya akta ini diperkenalkan semula, ia memberi asas kepada pengasingan kuasa yang baik seperti yang pernah diamalkan dahulu,” katanya pada sidang media sempena Sidang Meja Bulat Reformasi Dewan Negara di bangunan Parlimen, hari ini.

Perbincangan untuk mewujudkan semula akta itu akan menjadi agenda penting dalam reformasi Dewan Negara.

Selain itu, Mohd Yusmadi berkata perbincangan lain turut akan merangkumi aspek pemerkasaan Dewan Negara dan anggotanya, pemantapan tadbir urus Dewan Negara (PSA 1963), penambahbaikan struktur institusi Dewan Negara dan penjenamaan semula institusi mengikut acuan tempatan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN