PARIS 8 Feb. – Syarikat pembuat kapal terbang, Airbus kehilangan AS$4 bilion (RM16.29 bilion) susulan pembatalan tempahan lapan buah pesawat A380 oleh syarikat penerbangan Australia, Qantas. Menurut Qantas, pihaknya tidak memerlukan lebih banyak pesawat bersaiz besar dan akan menggunakan 12 pesawat berbanding tempahan asal iaitu 20 buah. Pembatalan itu dibuat selepas pelanggan terbesar A380, Emirates memulakan perbincangan dengan Airbus untuk menukar beberapa tempahan A380 dengan model pesawat yang lebih kecil…










