Ahli politik usah cepat melatah - Utusan Malaysia

Ahli politik usah cepat melatah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG
SAYA agak hairan dengan sikap seorang pemimpin kanan Parti Amanah Negara (Amanah) yang cukup marah dengan kemasukan ahli-ahli Parlimen UMNO dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut beliau, semua ahli Parlimen tersebut tidak akan menjadi bersih secara tiba-tiba seperti malaikat hanya kerana tukar parti.

Beliau turut menegaskan semua ahli Parlimen UMNO itu tetap perlu bertanggungjawab atas segala kesalahan yang pernah mereka lakukan.

Apa yang ingin saya nyatakan kepada pemimpin kanan terbabit, usahlah melatah kerana ketika Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad memerintah dahulu pun pelbagai perkara yang tidak disenangi rakyat juga berlaku.

Banyak kes boleh diungkit kembali jika mahu, antaranya rusuhan Memali 1985 umpamanya dan banyak lagi.

Suatu masa dahulu pemimpin kanan itu juga adalah antara orang yang cukup meluat terhadap Dr. Mahathir, tetapi kini sanggup bekerjasama pula.

Diibaratkan bagai meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri.

Bukanlah saya mahu menyokong perbuatan ahli-ahli Parlimen UMNO tersebut, namun dalam kita mengeluarkan sebarang kenyataan itu biarlah berpada-pada sesuai dengan keadaannya.

Jangan gelojoh mahu mengkritik tetapi akhirnya memalukan diri sendiri.

AZIZI M BEDFORD
Cluny Estate

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN