Ahli Pas terus beri sokongan calon BN - Utusan Malaysia

Ahli Pas terus beri sokongan calon BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 17 Feb. – Ahli-ahli Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, 2 Mac depan.

Kesemua ahli Pas Cawangan Taman Kantan Permai, Kajang yang ditemui Utusan Online berkata, tiada sebarang surat arahan dikeluarkan kepada daripada pihak atasan parti yang meminta supaya tidak menyokong BN dan UMNO dalam PRK Semenyih kali ini.

Setiausaha Pas Cawangan Taman Kantan Permai, Rahmat Kasim, 53, berkata, pihaknya hanya mendapat arahan supaya menjalankan pelbagai program dan membantu UMNO bagi menghadapi PRK Semenyih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan bersama dua Naib Presiden Pas yang lain turut berada semasa proses penamaan calon semalam. Jika tiada sokongan dan kerjasama terhadap UMNO, kenapa mereka juga turun bersama.

“Kerjasama Pas-UMNO memang positif, jika tidak kami juga tidak membantu, ini sahaja caranya demi penyatuan ummah di antara Pas dan UMNO,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×