Aguero menyamai rekod Shearer - Utusan Malaysia

Aguero menyamai rekod Shearer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 11 Feb. – Kini bintang Manchester City, Sergio Aguero sudah berjaya menyamai rekod hatrik terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris milik Alan Shearer sewaktu membantu pasukannya menewaskan Chelsea 6-0 di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut penyerang itu meledak dua gol ketika babak pertama sebelum melengkapkan jaringan hatrik pada separuh masa kedua untuk menjadikan kedudukan 5-0 buat City.

Gol hartrik itu membolehkan pemain kebangsaan Argentina itu setaraf dengan bekas penyerang Southampton, Blackburn Rovers dan Newcastle United, Shearer.

Aguero, yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman City, menjadi pemain keenam Liga Perdana yang terlibat dalam 200 gol bersama satu pasukan.

Lebih menakjubkan pemain berusia 30 tahun itu memaparkan aksi dominan ketika menafikan cabaran Chelsea dengan menjaringkan hatrik keduanya dalam tempoh seminggu selepas melakukan perkara yang sama ke atas Arsenal, tujuh hari lalu.

Kemenangan City itu membolehkan mereka kembali ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris dan Aguero kini muncul penjaring terbanyak musim ini bersama pemain Liverpool, Mohamed Salah dengan masing-masing telah meledak 17 gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN