ALOR SETAR 12 Feb. – Langkah kerajaan yang bukan sahaja ‘tidak jadi’ memansuhkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), sebaliknya bercadang menambah lagi kamera tersebut diibaratkan ‘umpama meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri’. Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, lebih melucukan apabila ada dalam kalangan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) yang cuba mengaitkan pelaksanaan sistem tersebut dengan konsep maqasid syariah. Menurutnya, keadaan itu berbeza dengan situasi sebelum Pilihan…