AES: Hasanuddin tak mahu komen - Utusan Malaysia

AES: Hasanuddin tak mahu komen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Feb. – “Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu komen apa-apa”.

Begitu jawapan ringkas Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd. Yunus ketika ditanya tentang kontroversi kenyataannya yang mendakwa Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menepati maqasid syariah baru-baru ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) turut menolak untuk menjawab tentang kenyataan rakan kepemimpinannya dalam parti itu yang tidak sependapat dengannya dalam soal AES.

Hasanuddin baru-baru ini berkata pemasangan AES dan saman yang dikeluarkan bertujuan menjaga nyawa pemandu serta penumpang, keselamatan pengguna dan harta benda di lebuh raya menepati maqasid syariah dalam Islam.

Kenyataan itu mengundang kritikan bukan sahaja dari orang ramai dan musuh politiknya, malah daripada beberapa tokoh agama serta pemimpin Amanah sendiri.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof berkata, ahli politik tidak sewajarnya menggunakan istilah Islam untuk kepentingan politik manakala Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan, penggunaan istilah seperti maqasid syariah perlu dipastikan tujuannya untuk kemaslahatan umat Islam kerana kepentingan agama mengatasi kepentingan parti.

Hasanuddin juga dikritik hebat Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Muhammad Faiz Fadzil yang menegaskan pelaksanaan AES tidak menepati maqasid syariah kerana ia memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.

Yang turut sama menolak pandangan Hasanuddin ialah rakan sejawatnya dalam Amanah, Datuk Mahfuz Omar yang berpendirian pelaksanaan AES adalah tidak wajar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN