SHAH ALAM 26 Feb. – Saksi ke-16 inkues kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim yang memasuki hari ke-10 hari ini menceritakan detik bagaimana anggota bomba itu memaklumkan berhubung insiden malam 27 November lalu. Muhammad Ashraff Baruji, 27, berkata, dia berkomunikasi pada sebelah malam dengan Muhammad Adib selepas selesai sesi fisioterapi. Menurut Pembantu Pegawai Pembedahan Institut Jantung Negara (IJN) itu, dia bertanyakan kepada Muhammad Adib berhubung kejadian pada malam itu, namun pada…










