TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Mohd. Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan mendedahkan pihaknya dijanjikan tajaan oleh sebuah syarikat jika Perlis diterima beraksi semula pada Liga Malaysia (Liga M). Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama syarikat tersebut. “Saya yakin rayuan berserta dokumen kewangan yang dikemukakan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) ada merit untuk menyokong permohonan kami,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam. Semalam, PFA mengemukakan rayuan untuk kembali beraksi dalam kancah bola sepak negara dengan menyerahkan dokumen sokongan kepada Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd. Shazli Shaik. MFL…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya