Ada orang guna jenama Rewcastle-Brown untuk serang Pas - Utusan Malaysia

Ada orang guna jenama Rewcastle-Brown untuk serang Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 13 Feb. – Pas tidak menolak kemungkinan wujudnya kelompok musuh politik tertentu yang menggunakan jenama Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk menyerang parti itu berhubung penyaluran dana daripada UMNO. 

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas tidak sesekali terancam dengan serangan tersebut kerana kedua-dua belah pihak sudah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan isu berkenaan di luar mahkamah sebagaimana diputuskan pada 1 Februari lalu. 

Malah katanya, Pas juga tidak akan melayan sebarang desakan Rewcastle-Brown memandangkan segala tuduhan untuk menjatuhkan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) gagal berdasarkan kejayaan menang di Kelantan dan Terengganu di samping memiliki 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala 18 kerusi Parlimen.

“Kita tak perlu jawab pun pada dia (Rewcastle-Brown) sebab dia tak mengundi di sini (Terengganu). 

“Biarlah dia nak serang pun, apa yang saya tahu bukan dia yang serang tetapi, orang sini yang serang, dia guna jenama (Rewcastle-Brown) sahaja. 

“Tidak sampai pun ancaman itu pada saya. Yang ancamannya surat khabar (media) Parti Amanah Negara (Amanah) bukannya, langsung daripada Rewcastle-Brown. Saya tidak tahu sama ada betul daripada dia atau (Amanah) yang buat berita. Wallahualam,” katanya. 

Katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra dengan komuniti perumahan awam kos rendah (PAKR) Sungai Kerak di sini malam tadi. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN