CARACAS 28 Feb. – Kira-kira lapan daripada 10 isi rumah di negara ini berdepan risiko kekurangan bekalan makanan susulan krisis ekonomi yang melanda Venezuela. Perkara itu didedahkan menerusi kajian tiga buah universiti tempatan yang menunjukkan 80 peratus daripada isi rumah ‘berisiko terhadap bekalan makanan’. Menurut penyelidik, Anitza Freitez dari Andres Bello Catholic University, hal demikian kerana 90 peratus daripada penduduk negara tidak memiliki pendapatan cukup untuk membeli makanan. Hiperinflasi dan…









