KUALA SELANGOR – Kira-kira 80 buah rumah di sembilan buah kampung di Tanjong Karang di sini rosak selepas dilanda ribut, petang semalam. Ribut kira-kira 10 minit dalam kejadian pukul 6.40 petang itu mengakibatkan beberapa bumbung rumah diterbangkan angin selain terdapat rumah yang ditimpa pokok. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Zuraini Mohamed Rawian berkata, antara kampung terlibat termasuk Kampung Blok B, C, D, O, J, K dan PV…










