8 termasuk pelajar sekolah ditahan dalam Op Samseng Jalanan - Utusan Malaysia

8 termasuk pelajar sekolah ditahan dalam Op Samseng Jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Polis menahan lapan pesalah jalan raya termasuk seorang pelajar sekolah dalam Op Motosikal dan Op Samseng Jalanan di sekitar ibu negara, awal pagi tadi.

Operasi bermula pukul 11 malam hingga 4 pagi yang dijalankan oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu dibuat di tiga lokasi iaitu Jalan Pahang, Jalan Raja Laut dan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke)

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kesemua suspek berusia 17 hingga 27 tahun itu ditahan kerana tiada lesen menunggang yang sah, menggunakan nombor pendaftaran palsu serta melakukan aksi berbahaya.

“Dalam Op Motosikal, kita telah menahan seorang warga Bangladesh manakala tujuh termasuk seorang pelajar ditahan ketika Op Samseng Jalanan.

“Kesemua motosikal suspek disita dan mereka disiasat di bawah Seksyen 108 dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Zulkefly, dalam kedua-dua operasi itu, sebanyak 414 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN