KUCHING – Seramai 71 mangsa banjir daripada 19 keluarga di Bahagian Samarahan telah ditempatkan di sebuah pusat pemindahan berikutan hujan yang berterusan, setakat pukul 8 pagi ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, kawasan terjejas adalah Kampung Lubok Meranti di Simunjan. Setakat ini hanya satu pusat pemindahan di Dewan Kampung Lutong, Sebangan, Simunjan dibuka, katanya. – Bernama
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya