KLANG – Tindakan tujuh peniaga di Pasar Pelabuhan Klang di sini tidak mempamerkan tanda harga warna merah jambu pada barangan harga terkawal sempena musim perayaan Tahun Baru Cina mengundang padah selepas dikompaun pihak berkuasa, semalam. Dalam pemeriksaan bermula pukul 9 pagi itu, kesemua peniaga tersebut menggunakan alasan tanda harga merah jambu tersebut bukan satu kewajipan. Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Azman Adam…










