600 koperasi kredit patuh syariah - Utusan Malaysia

600 koperasi kredit patuh syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb.– Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) akan memperluaskan skim kewangan patuh syariah dengan menyasarkan sebanyak 600 koperasi yang menawarkan kemudahan kredit dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sistem tersebut yang lebih te­lus penting bagi meningkatkan keyakinan dalam kalangan peminjam, sekali gus mampu me­ningkatkan jumlah pendapatan koperasi terlibat.

Setakat ini katanya, lebih 200 koperasi kredit yang berjaya mendapat pengiktirafan Angkasa dalam mematuhi sistem kewangan patuh syariah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Patuh syariah bersifat universal. Sekarang pun kita telah mulakan dengan banyak produk patuh syariah dan kerajaan sendiri telah mengiktirafnya,” katanya ketika ditemui pembe­rita dalam Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Kebangsaan Kewangan Islam di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN