NAIROBI 13 Feb. – Lima maut setelah pesawat kecil dinaiki dari hutan simpan semula jadi, Maasai Mara, Kenya terhempas di negara itu hari ini.
Menurut Ketua Polis Wilayah Rift Valley, Edward Mwamburi, lima orang berada dalam pesawat tersebut dan tiada yang selamat.
Katanya, pesawat jenis Cessna itu dimiliki FlySAX dalam perjalanan ke Lodwar.
Kenya mempunyai industri penerbangan yang bertenaga dengan pengoperasian Kenya Airways bagi laluan antarabangsa dan tempatan bersama syarikat tambah murah serta carter. – AFP










