4 beranak maut kemalangan - Utusan Malaysia

4 beranak maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 7 Feb. – Empat beranak maut selepas kereta yang dinaiki terlibat kemalangan dengan dua kenderaan di kilometer 55 Jalan Kota Tinggi-Kluang dekat sini pada pukul 12.33 tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, pasangan suami isteri dan dua anak mereka masing-masing lelaki dan perempuan maut di tempat kejadian selepas kereta Honda Civic dinaiki dilanggar sebuah lori.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd. Firdaus Januri, 34, Norlia Osman, 33, dan dua anak mereka Muhammad Adli, 7, dan Nur Dalili, 5.

Utusan Online difahamkan Norlia merupakan kakitangan Unit Pembangunan dan Perolehan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, siasatan awal punca kejadian dipercayai disebabkan oleh pemandu sebuah lori yang dikatakan gagal mengawal kenderaan seterusnya memasuki laluan bertentangan.

“Kemudian lori tersebut bertembung secara berhadapan dengan dua buah kenderaan iaitu kereta Honda Civic dinaiki empat beranak itu dan sebuah kereta Proton Saga.

“Akibatnya empat sekeluarga itu maut manakala pemandu kereta Proton Saga itu hanya mengalami luka-luka ringan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemandu lori  tersebut akan direman untuk saringan ujian air kencing dan siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksysen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN