38 murid cemas bas sekolah terbakar - Utusan Malaysia

38 murid cemas bas sekolah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI – Sebuah bas membawa 38 pelajar sekolah rendah terbakar dalam satu kejadian di Jalan Senai menghala ke Desaru di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, mangsa yang terdiri daripada 20 murid lelaki dan 18 pelajar perempuan berusia antara tujuh hingga 12 tahun bagaimanapun terselamat.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Awang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.40 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera bersama tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran itu.

bas terbakar
Mangsa yang terdiri daripada 38 orang murid sekolah itu terselamat daripada kejadian tersebut.

 

“Sejurus sampai di tempat kejadian, pihak kita mendapati pemandu bas terbabit telah berjaya mengeluarkan pelajar dan mengumpulkan mereka di kawasan selamat.

“Bomba mengambil masa kira-kira sejam bagi memadamkan kebakaran. Bas sekolah itu hangus 80 peratus,” katanya di sini.

Mohd. Fauzi berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan difahamkan bas tersebut dalam perjalanan menghantar pelajar ke sekolah. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN