GUA MUSANG – Seramai 33 penumpang terselamat apabila dua buah bas ekspres yang dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 33, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini semalam. Dalam kejadian pukul 3 petang itu, pemandu kereta jenis Toyota Vios, Che Wan Zaidi Che Wan Mat Zin, 31, yang bekerja sebagai pegawai Imigresen dari Kampung Santong, Paka, Terengganu turut terselamat. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin…










