KANGAR 22 Feb. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan tiga inisiatif untuk membantu para pengusaha mempelam harumanis di negeri ini. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub memberitahu, pihaknya melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menubuhkan unit khas yang dapat merangka strategi untuk memasarkan harumanis sekali gus memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha. Beliau yakin FAMA berupaya merangka pelan yang terbaik bagi memastikan pengeluaran dipasarkan dengan harga yang boleh memberi pendapatan…










