IPOH 31 Jan. – Jabatan Kesihatan negeri menyita 207 produk makanan termasuk makanan bayi bernilai RM4,678.79 setelah didapati dijual dalam keadaan rosak, tin kemik dan sudah tamat tarikh luput. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, tindakan tersebut diambil menerusi Operasi Keselamatan Makanan (Ops Zhu) peringkat negeri baru-baru ini yang diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina. Katanya, dalam operasi bermula 18 Januari lalu sehingga hari ini, sebanyak 12…










