183 graduan cemerlang terima anugerah sarjana - Utusan Malaysia

183 graduan cemerlang terima anugerah sarjana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS 12 Feb. – Seramai 183 orang graduan kalangan anak Terengganu yang berjaya
mencapai Kepujian Kelas Pertama dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.75 hari ini
diraikan dalam majlis penyampaian Anugerah Sarjana Terengganu 2018 di sini.

Majlis anjuran kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu (YT) itu disempurnakan oleh 
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan ia berlangsung di Duyong Convention Centre, 
Duyong Marina & Resort di sini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali; Pengerusi Jawatankuasa 
Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat serta 
Pengarah YT, Ishamudin Hashim. 

Kesemua 183 graduan itu terdiri daripada 151 orang penerima anugerah Sarjana dalam Bidang 
Bukan Ikhtisas manakala 32 orang lagi bagi Bidang Ikhtisas (kursus-kursus profesional).

Bagi graduan Bidang Ikhtisas, mereka menerima wang tunai RM4,000 seorang manakala bagi 
graduan Bukan Bidang Ikhtisas mendapat RM2,000. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN